Ahad, 17 Januari 2016

Malamku

Malamni sama sahaja seperti malam-malam yang telah berlalu, tiada sebarang yang istimewa dan menarik. Aku berbaring dipembaringan sambil menatap langit-langit rumah yang kaku memendangku didalam kegusaran. Kipas siling berputar lesu seolah-olah bosan akan tugasannya... fikiranku jauh menerawang menjengah keluar jendela yang tertutup rapat. Entahlah... apa yang sedang bermain didalam fikiranku saat ini. Ia kosong seolah-olah kanvas kosong yang penuh contengan, aku berharap semoga malam ini akan cepat berlalu dan sinar fajar akan menerangi seluruh buana yang telah ditelan kekelatan malam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan