Isnin, 22 Ogos 2016

Segar dalam ingatan

                      "Monopod and dà gang"

Perasaan Trip to kundasang belum surut-surut lagi. Semakin di selongkar gambar-gambar lama semakin muncullah satu persatu kenangan-kenangan indah.

                              BBQ time...

Inilah salahsatu tugasan orang lelaki masa trip baru-baruni. Harap-harap next trip akan ada lagi aktiviti membakar macamni... thanks to akak mar & bakery kerana telah bertungkus lumus menydiakan perapan yang enak dan menyelerakantu.

                      "Groupie @ Desa Farm"

Suka sangat tengok "possing" yang baju merah depan tu. Sekali lagi  baju merah yang depan yaa... sebab dalam gambar tu ada 2 orang berbaju merah... tu saja dulu buat setakat ini. Lain masa aku "up" pasal trip Memancing pulak. Okay... jumpa lagi 😴

Hajat si kawan


Itulah puncak Gunung Kinabalu... tinggikan??? Tapi tu lah... belum pernah merasa sampai ke puncaknya lagi. Tapi adalah sorang kawan ni pernah Terrancang mau naik tawan puncak tu, tapi hajat tidak kesampaian kunuk. 
Ni orangnya lawakan?? Tapi tulahh hajat tidak kesampaian mau tawan tu puncak. Harap-harap lain tahun dapatlah dia naik dan tawan tu puncak.

Trip Ke Kundasang

            "Midori Homestay Kundasang"

Pengalaman menyeronokkan trip ke kundasang baru-baru ni bersama rakan-rakan. Walaupun trip 2 hari saja tapi boleh lah.... kami bertolak dari rumah jam 2 petang, perjalanan tu amat memenatkan lah juga sebab duduk syak dalam van. Tepat jam 6 petang kami selamat sampai di pekan kundasang. Keadaan kami kembali segar sebab udara sejuk dan berangin di pekan kundasang. Kami menyambung perjalan untuk ke homestay yang kami telah tempah sebulan lebih awal, Lumayan jugalah homestay tu. Malam tu pula acara BBQ pun kami mulakan. Sebab cuaca sejuk dan perut lapar, semua berselera makan. Sudahhh... ada masa aku sambung lagi, mata mengantok sudah ni.

keranamu si tudung merah

Perasaan ni macam lain2 saja sejak 2 menjak ni. Adakah aku dilamun cinta atau hanya perasaan bodoh yang melanda? Aku mencintai seseorang tapi agak sulit untuk ku luahkan. Biarlah ku pendam sahaja persaan ini sampai bila2.

Khamis, 21 Januari 2016

morning jazzy


Selamat pagi dunia.... dan salam jumaat... syukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hari yang cukup indah ini, yahh... sebelum memulakan hari yang sibuk, nikmatilah secawan kopi panas yang penuh aroma yang dapat membangkitkan "mood" dipagi ini. 

Ahad, 17 Januari 2016

Lempeng pertamaku

Tetiba pulak mo makan lempeng dipagi ahad yang sibuk. Ni cerita awal pagi tadi tapi baru sekarang aku ada masa untuk post bendani. Memula tu aku rujuk la cara buat di google. Faham-faham sajalah akuni bukan jenis suka lepak didapur ni pun terpaksa saja sebab orang pompuan (kakaku) tara dirumah dia balik kampong, bukan sehari dua tapi dua bulan beb... jadi kalo mo mkn tu aku kenalah ringankan tulang juga. Memang payah jugalah sorang lelaki mo hidup tanpa wanita disisnya, sebab kes masak-memasakni lah yang aku tidak tahan. Tapi... oky jugalah hasil lempeng aku pagi tadi. Lepas ni mo buat lagi...hekhekhek... aku dan lempeng memang sudah sebati. Oky mo layan filem tamil dulu. (Ada masa aku buat "cer" pasal filem tamil pula wa... okay babai....

Malamku

Malamni sama sahaja seperti malam-malam yang telah berlalu, tiada sebarang yang istimewa dan menarik. Aku berbaring dipembaringan sambil menatap langit-langit rumah yang kaku memendangku didalam kegusaran. Kipas siling berputar lesu seolah-olah bosan akan tugasannya... fikiranku jauh menerawang menjengah keluar jendela yang tertutup rapat. Entahlah... apa yang sedang bermain didalam fikiranku saat ini. Ia kosong seolah-olah kanvas kosong yang penuh contengan, aku berharap semoga malam ini akan cepat berlalu dan sinar fajar akan menerangi seluruh buana yang telah ditelan kekelatan malam.