Khamis, 21 Januari 2016

morning jazzy


Selamat pagi dunia.... dan salam jumaat... syukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hari yang cukup indah ini, yahh... sebelum memulakan hari yang sibuk, nikmatilah secawan kopi panas yang penuh aroma yang dapat membangkitkan "mood" dipagi ini. 

Ahad, 17 Januari 2016

Lempeng pertamaku

Tetiba pulak mo makan lempeng dipagi ahad yang sibuk. Ni cerita awal pagi tadi tapi baru sekarang aku ada masa untuk post bendani. Memula tu aku rujuk la cara buat di google. Faham-faham sajalah akuni bukan jenis suka lepak didapur ni pun terpaksa saja sebab orang pompuan (kakaku) tara dirumah dia balik kampong, bukan sehari dua tapi dua bulan beb... jadi kalo mo mkn tu aku kenalah ringankan tulang juga. Memang payah jugalah sorang lelaki mo hidup tanpa wanita disisnya, sebab kes masak-memasakni lah yang aku tidak tahan. Tapi... oky jugalah hasil lempeng aku pagi tadi. Lepas ni mo buat lagi...hekhekhek... aku dan lempeng memang sudah sebati. Oky mo layan filem tamil dulu. (Ada masa aku buat "cer" pasal filem tamil pula wa... okay babai....

Malamku

Malamni sama sahaja seperti malam-malam yang telah berlalu, tiada sebarang yang istimewa dan menarik. Aku berbaring dipembaringan sambil menatap langit-langit rumah yang kaku memendangku didalam kegusaran. Kipas siling berputar lesu seolah-olah bosan akan tugasannya... fikiranku jauh menerawang menjengah keluar jendela yang tertutup rapat. Entahlah... apa yang sedang bermain didalam fikiranku saat ini. Ia kosong seolah-olah kanvas kosong yang penuh contengan, aku berharap semoga malam ini akan cepat berlalu dan sinar fajar akan menerangi seluruh buana yang telah ditelan kekelatan malam.